MTV VMA 2017 sudah melabuhkan tirai. Seperti biasa, fesyen selebriti di karpet merah pasti menjadi topik pilihan. Siapa yang terbaik? Siapa yang terburuk?
Tumpuan kali ini diberi kepada anak perempuan Michael Jackson, Paris Jackson yang berjaya menarik perhatian dengan penampilan anggun, manis dan serba-serbi sempurna.
Gadis 19 tahun bermata biru menggayakan gaun tulle Dior dengan perincian sulaman bunga dan dalamnya dipakai set pakaian dalam logo rasmi Dior.
Wanista cukup suka dengan perincian pada gaun tulle ini, kelihatan kreatif dan artistik sekali.
Berkaki ayam. Kenapa tidak?
Paris membuktikan bahawa dia sama sekali tidak malu untuk mengenakan apa gaya sekali pun.
Syabas Paris!