Tipulah jika ada di antara kita pengguna telefon pintar yang masih tidak mempunyai ‘casing’ telefon bagi melindungi ia daripada calar, atau hentakan kuat akibat terjatuh.
Mungkin di awal pengenalannya, itu adalah antara fungsi utama casing telefon. Tetapi hari ini bukan lagi sekadar pelindung malah menjadi tarikan apabila dijual dalam pelbagai bentuk. Pergi sahaja ke mana-mana kedai yang menjual aksesori telefon pasti mata mula mengamati bentuknya yang menarik atau belum pernah kita jumpa. Untuk peniaga pula lagi kreatif, unik dan menarik maka semakin ramailah pembeli akan membeli.
Sama seperti selebriti ini yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan casing idaman, bukan ratus-ratus tetapi puluhan ribu.
Selebriti yang penulis maksudkan ialah ikon fesyen tidak lain tidak bukan, G-Dragon. Untuk pengetahuan anda, walaupun tanpa telefon, casing tersebut sahaja berharga $8895 USD (kira-kira lebih RM30 ribu). Casing tersebut diperbuat dari emas tulen dan telah ditambah dengan berlian disekelilingnya.
Sama seperti G-Dragon, Sandara Park sebelum ini turut berkongsi gambar casing telefon di Instagram. Dilaporkan, casing tersebut dari syarikat fesyen mewah G-Brand, diperbuat daripada emas pepejal dan kos sekitar $5033 USD (kira-kira RM20 ribu).
Wahhh harga casing lagi mahal dari telefon. Seriously!