EVA Air, yang secara konsisten dinamakan antara syarikat penerbangan terbaik di dunia oleh World Airline Awards telah memenangi internet dengan koleksi foto pramugari mereka yang bak k-pop idol di media sosial.
Rata-rata netizen telah memuji kecantikan yang dimiliki pramugari dari Taiwan itu dan menganggap mereka seperti pop idol Asia. Dengan rupa paras yang menarik, berpenampilan manja dan comel, siapa yang tidak tertarik melihatnya.
Lagak mereka yang riang-ria membuatkan netizen tertawan. Tapi memang cute, dah macam bintang K-Pop pun ada..
Walaupun mereka kelihatan mengagumkan dalam pelbagai persalinan untuk fotografi, tetapi kini dilaporkan kabin krew ini akan mengenakan pakaian seragam baru yang lebih klasik lagi. Direka oleh rumah fesyen Shiatzy Chen, EVA Air melancarkan pakaian seragam generasi ketiga mereka pada Khamis, 24 Ogos 2017 lalu.
Ini dia seragam mereka. What do you think?
Wah dah macam gambar album pula…
Cantik bukan? Rona hijau gelap buat mereka kelihatan anggun sekali.