It’s a girl!
Tahniah buat isteri jutawan Mark Zuckerberg kerana khabarnya telah selamat melahirkan bayi perempuan kelmarin.
Mark Zuckerberg turut sempat mencurahkan rasa gembira lalu berkongsi berita tersebut bersama para pengguna Facebook menerusi satu pos berisi nukilan surat untuk anak keduannya yang diberi nama “August” itu.
Dalam surat itu, Zuckerberg meluahkan harapan agar August dapat memanfaatkan masa kanak-kanak sebaik mungkin.
“Kamu akan sibuk apabila dewasa kelak, jadi ayah berharap kamu mengambil masa untuk menikmati semua perkara yang indah dalam hidup di zaman kanak-kanak ini.
“Ayah harap kamu akan bermain dan tidur sepuasnya. Dan semoga kamu dapat merasakan kasih sayang ibu dan ayah di dalam mimpi kamu,” tulis Zuckerberg.
Anak sulung pasangan itu, Max, bakal genap usia dua tahun Disember ini.
Tahniah Max sebab dah dapat adik baru!
Tahniah juga buat Mark Zuckerberg dan Dr. Priscilla Chan di atas kehadiran baru yang mampu memberi lebih kebahagiaan. ❤️