Anak patung bernyawa? Bunyi sangat menakutkan.
Kenali Lulu Hashimoto, merupakan anak patung bernyawa. Pereka fesyen Jepun, Hitomi Komaki mencipta Lulu Hashimoto dengan sifat sempurna manusia, termasuk rambut palsu, topeng dan stokin.
Identiti orang di dalam badan Lulu adalah rahsia tetapi itu tidak menghentikan Lulu untuk menceburi bidang permodelan, dan kini hangat di Kota Tokyo. Lulu ada di mana-mana sahaja di tengah Tokyo.
Berpakaian sebagai maskot, yang dipanggil kigurumi dalam bahasa Jepun, adalah bentuk seni yang popular di Jepun. Dan kini, Komaki telah mengambilnya ke tahap yang baru dengan membuat badan yang kelihatan seperti anak patung dan membolehkannya bergerak seperti manusia.
“Ramai orang menganggap projek saya adalah fetish, tetapi bagi saya ianya adalah fesyen. Ia seperti anda bermain dengan anak patung, menambah bulu mata palsu untuk menjadi lebih cantik dan comel,” jelas Komaki yang baru berusia 23 tahun.
Walaupun comel tapi seram, lebih-lebih lagi tengah malam. Dah macam Annabelle pula!