Berikutan kejayaan koleksi “The Purpose Tour” oleh Justin Bieber sebelum ini, H&M sekali lagi mengumumkan kejutan buat para peminat bintang popular itu dengan menawarkan seleksi koleksi edisi terhad BIEBER Stadium Tour yang menampilkan helaian berkualiti seperti jaket, baju panas, jogger dan baju-T.
Setiap satunya dilengkapi perincian tulisan istimewa serta cetakan wajah Justin Bieber yang memberi aura popstar!
Sesuai buat lelaki dan wanita yang gemarkan gaya street style, sensasi fesyen santai yang berlandaskan palet rona terang seperti kuning, merah, hitam, putih dan kelabu ini mampu sahaja membuatkan si pemakai kelihatan edgy biarpun menyarungkan helaian ringkas bersahaja.
Harga yang ditawarkan untuk koleksi BIEBER Stadium Tour ini adalah dari RM69.90 hingga RM249.00 setiap satu.
Boleh dapatkan di H&M cawangan LOT10, 1Utama, Avenue K, Sunway Pyramid, IOI Putrajaya, Gurney Paragon, Hatten Square, Johor Bahru City Square, The Spring dan KK Times Square bermula 7 September 2017!
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www2.hm.com]