Pernah tak setiap kali anda dilanda masalah atau musibah pasti minda terus memikirkann perkara yang lebih teruk. Setiap andaian yang direka pasti berlebihan yang mengundang unsur-unsur negatif. Penulis pasti ramai pembaca Wanista, terutama sekali kaum Hawa gemar mencampur aduk emosi dan situasi yang dilanda sehingga menyebabkan stress!
Tahukah anda jika terdapat banyak unsur negatif didalam emosi dan minda boleh memburukkan kadar kesihatan diri. Percaya atau tidak kunci sebenar untuk mendapat kesihatan dan kawalan pengurusan stress yang baik ialah dengan berfikiran positif. Jadi bukan setakat menjaga makan dan minum sahaja, minda pun antara yang utama.
Manfaat kesihatan jika minda positif
- Jangka masa hayat lebih panjang
- Kadar kemurungan
- Kadar kesedihan lebih cepat dilupakan
- Sukar mendapat virus seperti demam atau selseman
- Sudut psikologi dan fizikal yang lebih baik
- Kesihatan kardiovaskular lebih baik
- Kemahiran mengatasi masalah atau kesusahan lebih kreatif
Bukan kesihatan badan dan mental sahaja yang diperoleh malah ia juga memperbaiki hubungan dan kerjaya anda. Cuba lihat mereka yang sentiasa gembira pasti mempunyai ramai kenalan dan mengenggam lebih banyak kejayaan daripada mereka yang sebaliknya.
Pendapat penulis sendiri berhenti memikir atau mendekati perkara-perkara yang negatif. Ia langsung tidak memberikan apa-apa faedah. Lagi mustahak berhenti membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan anda. Terima dan bersyukur dengan apa yang ada…