Anak sulung dari pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton ini bukan sahaja menjadi perhatian dunia malah disayangi oleh rakyat di England. George atau nama penuhnya George Alezander Louis dilahirkan pada 22 Julai 2013. Kebanyakan peminat diraja British menjadikan Prince George sebagai rujukan untuk fesyen kanak-kanak.
Melihat stail Prince George terserlah citarasa kedua ibu bapanya, Kate Middleton and Putera Williams yang bijak bergaya. Bahkan, stail Prince George juga menjadi ikutan ramai tidak kira dari warga Britain sendiri mahupun dari luar negara.
Tetapi ada sesuatu yang menarik minat netizen untuk mengetahui punca dan kenapa kanak-kanak comel ini selalu memakai seluar pendek.
Dilaporkan, pemakaian seluar pendek oleh keluarga diraja, aristokrat dan golongan atasan yang masih kecil dan muda adalah satu tradisi turun temurun di kalangan mereka.
Seluar panjang itu adalah untuk budak lelaki yang sudah besar dan lelaki dewasa. Manakala pemakaian seluar pendek oleh budak lelaki yang masih kecil dapat menunjukkan kelas keluarga mereka di England dan mereka menghormati tradisi yang ditetapkan nenek moyang.
Jadi, tidak hairan Duke dan Duchess of Cambridge akan selalu memakaikan seluar pendek kepada putera mereka kerana menghormati tradisi walaupun mereka telah mengubah beberapa protokol yang agak kolot dalam keluarga diraja Britain.
Mengikut sejarah, pemakaian seluar pendek oleh golongan bangsawan kecil ini telah bermula sejak dari abad ke 16. Secara tradisi dengan peraturan yang ditetapkan, seorang budak lelaki golongan bangsawan akan terus memakai seluar pendek sehingga umurnya mencapai 8 tahun.
Ohhh ini sebabnya kenapa Prince George hanya memakai seluar pendek!