Rasanya peminat K-Pop mungkin tahu semua yang penulis maksudkan, lebih-lebih lagi Army (nama fandom BTS).
Kita sedia maklum bahawa BTS V sememangnya sangat menyukai malah obses akan jenama rumah mewah Gucci. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki, pasti akan ada label Gucci di salah satu fesyen yang dipakainya. Casing telefon, sweater, loket rantai, beg, cermin mata, tali leher, namakan sahaja, semua ada dalam koleksinya.
Kerana begitu sukakan jenama mahal itu, BTS V sentiasa dilihat memakai produk Gucci bahkan para peminat menggelarnya ‘Gucci Boy’ atau ‘Human Gucci’.
Jom lihat antara koleksinya:
Loket berbentuk harimau setiap satunya berharga $170 (kira-kira RM700)
Jam tangan yang berharga $1100 (lebih RM4 Ribu)
Gucci Leather Bag, $2,000 (lebih RM8 Ribu) & Gucci Shirt, $595 (lebih RM2 Ribu)
Gucci Snake Tie, $200 (lebih RM800)
Topi juga dari jenama Gucci, $200 (lebih RM900)
Gucci Shades, $340 (lebih seribu)
Jaket denim juga dari Gucci yang berharga $2,100 (lebih RM8 Ribu)
Cardigan dan selipar Jepun
Gucci Princetown
Casing telefon
Sweater dari Gucci
Dan suit juga dari jenama yang sama
Dan banyak lagi…
Bukan itu sahaja BTS V turut menghadiahkan ahli kumpulannya barangan Gucci sempena hari lahir mereka.
Fuhhh kaya sungguh!