Mekhi Alante Lucky, 20, seorang bekas banduan dari North Carolina kini telah menandatangani kontrak dengan St Claire’s Modeling Agency yang berpangkalan di Atlanta.
Bekas banduan ini telah ditangkap pada April 2016 atas kesalahan memecut dan memandu kenderaan yang dicuri. Tetapi tuah menyelebelahinya sehingga dia digelar “Prison Bae” dan menjadi viral di media sosial disebabkan keunikan yang satu ini.
Lucky miliki sepasang mata yang cantik dan setiap satunya mempunyai warna yang berlainan, biru dan coklat.
Selepas agensi Lucky berkongsi gambar, dalam sekelip mata gambarnya menjadi viral dan sehingga kini berjaya mengumpul lebih 20 ribu pengikut di Instagram.
Fakta, mempunyai iris dengan warna yang berbeza dipanggil heterochromia – kira-kira 20 peratus daripada penduduk dunia milikinya.
Tapi memang cantik mata Lucky ni. Beruntung sangat!