Pernah suatu ketika berita gempar mengatakan seorang rapper terkenal Amerika Syarikat Travis Scoot iaitu teman lelaki baharu Kylie Jenner menghadiahkan aksesori emas bertatahkan berlian berbentuk rama-rama. Bukan itu sahaja, pasangan baru ini juga mengukir tatu rama-rama dibahagian pergelangan kaki bersama.
Bila melihat semuanya ini ternyata Kylie Jenner seorang yang okay dengan rama-rama tapi rupanya tidak.
Sneapeek rancangan realiti milik gadis berusia 20 tahun ini, Life of Kylie menjadi saksi yang dia menghidap fobia lepidopterophobia, takut terhadap rama-rama.
Kylie dan rakan baiknya Jordan berada di London dan kemudian melawat salah sebuah zoo tempatan. Kemudian mereka menyusur ke santuari rama-rama yang terletak didalam zoo terbabit.
Tiba-tiba sahaja Kylie menjerit ketakutan, “Ia terbang ke arah saya!”
Penjaga zoo terus bertindak menenangkan Kylie dengan memberi jaminan rama-rama tersebut tidak akan mencederakan dia.
Namun bagi Kylie rama-rama tetap sesuatu yang menakutkan dan ianya masih lagi seranggan walaupun cantik.
“Rama-rama sebahagian dalam hidup saya, tapi ironinya saya takut dengan rama-rama. Sangat, sangat takut. Saya melihat mereka tanpa kepak mereka yang cantik dan ianya sama seperti serangga lain.”
Tonton Life of Kylie | Episod ‘Kylie Jenner Takut Dengan Rama-Rama’