Apalagi yang boleh dikatakan tentang pelakon jelita Malaysia, Nur Fazura yang sememang sudah cantik dan raut wajahnya tidak dijemu ditatap oleh sesiapa sahaja.
Tuah Fazura atau nama penuh Nur Fazura Sharifuddin kembali selepas memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-27, beliau kini sibuk bekerjasama dengan penggiat filem di Indonesia dan dilantik pelbagai duta produk kecantikan samada Malaysia dan luar negara.
Jika rahsia memiliki rambut lebat bak Fazura telah pun diketahui setelah beliau mendatangani kontrak 6 bulan bersama syarikat kecantikan tempatan Maydan. Pasti ada rahsia-rahsia lain yang membuat peminat mahu tahu, apa punca Fazura seperti tidak dimamah usia walaupun sudah menginjak 34 tahun.
Ini 3 rahsia cantik Fazura yang anda tak pernah tahu…
#1 Tidak Minum Ais
Langsung tidak minum ais atau ambil minuman sejuk. Fazura memang mengamalkan minuman panas sepanjang masa seperti teh hijau atau air panas bersama hirisan lemon. Minuman sejuk boleh melemahkan imunisasi badan kerana ia boleh menyebabkan demam, selsema dan sakit dada berpanjangan. Paling terbaik ambil sahaja air kosong tanpa ais, bagus untuk hidrasi berpanjangan dan peredaran percernaan yang sihat!
JOM CUBA: 5 Cara Bernas Untuk Minum Banyak Air Setiap Hari
#2 Waktu Tidur Yang cukup
Bagi Fazura waktu tidur yang cukup paling penting sekali dalam menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Masa tidur yang digalakkan untuk manusia dewasa ialah 7 hingga 9 jam sehari. Tidur yang cukup dapat memberi kesihatan mental dan fizikal yang terbaik sekaligus menyerlahkan kecantikan dalaman anda.
AMALKAN: Insomnia? Cara Dapatkan Waktu Tidur Yang Ideal Untuk Tubuh Anda
#3 Pentingkan Senaman
Kagumkan tengok bentuk tubuh Fazura yang tidak pernah susut atau naik. Rahsia? Beliau tidak pernah skip bersenam, baginya ia untuk meningkatkan tahap stamina, melancarkan peredaran darah dan secara asasnya untuk kesihatan diri.
BOLEH CUBA: 10 Senaman Plank Untuk Anda Yang Malas Bergerak
Sangat mudah kalau nak ikut rutin cantik dari Fazura, tapi apa yang Wanista perasan walaupun hanya 3 ia memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Jadi siapa yang nak cantik bak our Miss Fazura, selamat mencuba!