Pelbagai cara untuk menghargai orang yang tersayang dan salah satunya dengan memberikan hadiah kepada mereka!
Walaupun stigma menunjukkan ramai gadis lebih memilih hadiah mahal tetapi kebanyakan drama Korea telah membuktikan bahawa walau hadiah yang diterima biasa dan murah, ia mampu membuatkan si gadis tersenyum manis.
Tetapi apa hadiah paling terbaik boleh anda berikan untuk yang tersayang? Jangan gusar, terdapat pelbagai cara dan jenis hadiah boleh berikan menurut drama Korea dan paling best semuanya murah sahaja!
#1 Klip rambut yang comel.
#2 Soft toy buat peneman tidur.
#3 Bekal makanan yang dibuat sendiri.
#4 Stokin.
#5 Kosmetik yang terdiri daripada sheet mask, krim, lip balm.
#6 Hamper snek makanan – ada coklat, biskut, keropok.
#7 Coklat buatan sendiri.
#8 Surat tulisan tangan dengan ucapan yang mampu membuatkan si dia tersentuh.
#9 Mug. Lebih-lebih jika ada cetakan nama si dia terukir di situ.
#10 Loket rantai. Rekaan yang simple pun memadai.
Walaupun hadiah ini tidaklah seberapa tapi keikhlasan hati yang harus dipuji.
Semoga Gembira Selalu!