Tidak terbiasa di Malaysia untuk secara umum kita mendengar individu biasa atau golongan atasan memiliki pistol. Ini kerana ia merupakan suatu privasi dan senjata api adalah perkara yang bukan boleh dibuat main-main.
Lain pula dengan Dato’ Aliff Syukri yang terbuka memberitahu beliau sedang membuat permohonan untuk memiliki pistol di akaun Instagram. Adakah pengumuman ini untuk menakutkan-nakutkan orang diluar sana yang mempunyai hasrat dengki terhadapnya?
https://www.instagram.com/p/BYnFYkSHYSc/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris
Seperti yang kita tahu Dato’ Aliff antara jutawan kosmetik tempatan, pasti beliau tahu tentang ancaman keselamatan yang mungkin beliau terpaksa hadapi.
“demi keselamatan.doakan pemohonan pistol saya diluluskan.. supaya saya lebih selamat??♂️??♂️??♂️ no more bodyguards im stronger??????”
Menerusi dari kapsyen Dato’ Aliff dapat lihat beliau memohon pistol gara-gara risau akan keselamatannya dan juga mahu melindungi diri sendiri dari menggunakan khidmat pegawai peribadi.
Jadi tidak salah pun Dato’ mahu memiliki sepucuk pistol yang penting ia tidak salah digunakan dan tahu cara menggunakannya. Good luck Dato’ Aliff!