Siapa wanita yang penulis maksudkan ini?
Amal Clooney, isteri kepada aktor Hollywood terkenal George Clooney merupakan peguam bagi undang-undang antarabangsa dan hak kemanusiaan.
Bila sebut peguam pasti ramai yang membayangkan individu dengan kemeja putih, kot hitam bersama beberapa fail yang besar. Senang cerita tak pernah atau pandai berfesyenlah! Tapi anda silap dengan Amal Clooney. Dia boleh dikatakan antara individu bukan selebriti yang paling menarik bila di karpet merah pabila menemani acara si suami. Malah apabila ke pejabat atau menghadiri majlis kasul dia paling da bom!
Seleksi pilihan gaun Amal adalah bukan calang-calang jenama, beliau setanding dengan aktress A-list Hollywood.
Di Karpet Merah
#1 Gaun kuning gading dari Maison Martin Margiela
#2 Merah menyala sepersalinan dari John Galiano
#3 Gaun ringkas tapi indah dari Yves Saint Laurent
#4 Gaun Versace dengan belahan tinggi. Lihat! Si suami pun tak jemu memandang
#5 Gabungan ombre putih hitam Atelier Versace dengan perincian bulu dihujung gaun
#6 Gaun ungu lilac dari Atelier Versace ini memang memukau
Di Majlis Kasual
#7 Manis sekali! Dress pendek Giambattista Valli Haute Couture dengan aturan bunga-bungaan timbul
#8 Dress rekaan Dolce & Gabbana ini agaknya memang untuk si jelita Amal
#9 Kasut tumit tinggi ala cleopatra pelengkap gaya untuk gaun Alexander McQueen
#10 Gabungan warna pelangi gaun Missoni tetap buat Amal tidak keterlaluan
#11 Tiada siapa yang mampu membawa warna hijau seperti Amal, gaun ringkas dari Versace
#12 Gaun renda hitam Atelier Versace kini gaya terbaru untuk little black dress!
#13 Sekali lagi Amal mengayakan gaun dari Alexander McQueen dengan potongan leher ala 60’s
#14 Corak bunga sudah menjadi pujaan, gaun manis dari Michael Kors
#15 Warna rose gold dari gaun dan kot Bottega Veneta ini everything…
Terpukau melihat semua busana yang melilit tubuh jelita Amal Clooney. Sememangnya Amal boleh menyebabkan ramai selebriti wanita yang lain boleh melirik cemburu kearahnya. Lagi cemburu melihat Amal yang kekal fabulous walaupun baru sahaja melahirkan anak kembar!
Amal Clooney antara idola fesyen klasik dan effortless kini..