Nampaknya ramai yang tidak tahu sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga dan teman lelaki, Zayn Malik baru-baru ini, Gigi Hadid rupanya dilanda gelombang kemarahan netizen China gara-gara video berbaur perkauman.
Video yang hanya berdurasi 9 saat itu menunjukkan Gigi Hadid dan rakan menghadiri sebuah majlis makan malam. Kemudian dilihat Gigi mengecilkan mata dengan memegang biskut berbentuk wajah Buddha.
this is y'all woke palestine queen? Gigi out here mocking Asian people. i would say she's cancelled but she never started. rat @GiGiHadid pic.twitter.com/b6wj5k1sXE
— . (@hvrrystime) February 5, 2017
Video itu kemudiannya tular dan mendapat pelbagai reaksi negatif terutamanya dari masyarakat Cina yang sinonim dengan agama Buddha. Mereka mengganggap Gigi tidak menghormati agama tersebut dan dia tidak diterima untuk datang ke China.
Gigi tetap bertindak profesional dengan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di akaun Weibo. Walaubagaimanapun, permohonan maaf dia dianggap tidak ikhlas kerana ramai yang mempersoalkan kenapa dia hanya mengemaskini di laman Weibo tetapi tidak di Twitter dan Instagram.
https://twitter.com/CHLOEJsw/status/903858720773259264
Berikutan dengan pertunjukan fesyen Victoria Secret yang bakal diadakan di Shanghai pada 25 November ini. Dapatkah Gigi Hadid menawan semula hati netizen China sebelum membuat comeback angel Victoria Secret atau terus dibenci oleh mereka?