Kalau dekat Malaysia, siapa selebriti tempatan yang boleh dikatakan muka ‘dia’ sahaja yang kuasai iklan? Mungkin tidak ada tetapi industri pengiklanan negara ginseng Korea Selatan didominasi oleh 5 wanita ini.
Kenapa mereka terpilih? Ini sebabnya!
Yoon Seol Hee, pakar ejen mendedahkan sebab 5 wanita ini mendominasi dunia iklan.
“Bintang-bintang ini mempunyai imej yang sesuai dengan dunia pengiklanan.
Jun Ji Hyun, Suzy, Kim Ji Won sudah memiliki pengalaman kerana mereka telah melakukan iklan sejak debut lagi. Manakala Seo Hyun Jin, Seolhyun masih lagi baru dalam dunia pengiklanan tetapi imej yang ditonjolkan sangat segar dan menarik.
Bahkan mereka semua mempunyai rekod bersih yang tidak tercemar oleh skandal dan kontroversi.”
Jun Ji Hyun
Jun Ji Hyun dinamakan sebagai ratu iklan dengan lebih daripada 11 kontrak menjadi miliknya.
Suzy
Si cantik ini berada di mana sahaja. Suzy dilaporkan memiliki kontrak jangka panjang yang tidak berkesudahan.
https://www.youtube.com/watch?v=F3GiuZvA0rw
Seolhyun
Rata-rata syarikat mengagumi etika dan profesional bersama daya tarikan seksinya.
https://www.youtube.com/watch?v=bCifGqCliWg
Seo Hyun Jin
Menandatangani pelbagai kontrak selepas kejayaan drama hebatnya, Another Oh Have Young.
https://www.youtube.com/watch?v=tTXeq046tic
Kim Ji Won
Sama seperti Seo Hyun Jin, Kim Jin Won menjadi pilihan selepas kejayaan drama lakonannya.
Penulis rasa mereka semua nampak comel dalam iklan….