Bau badan merupakan faktor penting dalam kebersihan diri setiap hari. Memang malu kalau berhadapan dengan orang ramai dengan bau badan yang tidak menyenangkan dan sekaligus memberi rasa tidak selesa pada diri sendiri serta orang sekeliling anda.
Namun ada juga sesetengah individu walaupun sudah mencalit deodoran di ketiak banyak kali tapi bau peluh tetap berbau kuat sehingga rasa kesan deodoran tiada gunanya lagi.
Kita biasanya menggunakan deodoran hanya pada waktu pagi bukan? Wanista ingin mengajar anda satu trik mudah supaya bau deodoran dan kawalan peluhnya lebih kuat dari biasa.
Sapu deodoran pada waktu malam sebelum tidur untuk penggunaan yang lebih kuat
Pakai deodoran pada waktu malam sebelum tidur lebih baik kerana kulit kering akibat kurang bergerak dan tidak mengeluarkan peluh. Selain itu bahan antiperspirant didalam deodoran boleh melambatkan pengeluaran peluh secara semulajadi. Jadinya menggunakan deodoran pada waktu malam bukan sahaja menghilangkan peluh ketika tidur malah kesannya juga bertahan sehingga keesokan harinya.
Sebelum tidur malam ini, jom cuba pakai deodoran untuk lihat kesannya. Selamat mencuba!