Hujung-hujung minggu ni ramai antara kita yang mahu menghabiskan masa bersama keluarga setelah cukup lima hari berhempas-pulas mencari rezeki.
Selain keluar untuk makan diluar mungkin anda dan keluarga boleh adakan BBQ kecil-kecilan di rumah. Hanya anda, suami dan anak-anak, aktiviti sebegini mungkin bisa merapatkan pertalian kekeluargaan tanpa perlu menggunakan bajet yang besar. Penulis kongsikan resepi peraman ayam mudah untuk anda cuba. Jom!
Bahan:
- Satu ekor ayam
- 4 biji bawang besar kuning
- 2 kotak santan (boleh juga guna santan segar)
- Gula dan garam secukup rasa
- Beberapa ulas kunyit segar
- Beberapa batang serai
Cara:
1. Cuci ayam bersih-bersih dan letak dalam satu bekas besar yang bertutup. Pastikan ayam sudah dipotong agar mudah untuk dibakara atas bara api kemudian.
2. Sediakan mesin pengisar (blender) atau boleh juga guna lesung batu jika mahu.
3. Masukan bawang yang sudah dipotong kecil bersama kunyit segar yang sudah dikupas. Kisar hingga lumat.
4. Masukan bahan kisaran ke dalam bekas ayam. Sebatikan agar semua ayam disalut bersama bahan kisaran itu tadi.
5. Kemudian masukan santan. Gaul ayam agar semuanya terkena bahan peraman.
6. Ambil beberapa batang serai dan ketuk hujungnya. Masukkan dalam peraman.
7. Peram semalaman untuk dapatkan rasa ayam yang sedap!
8. Ayam bakar itu boleh dimakan begitu sahaja, bersama sos, air asam mahupun kicap pedas. Terbaik!
Kalau hendak goreng deep fry pun boleh juga, rupa ayam akan jadi begini.
Senang kan resipi peraman ayam ni? Boleh cuba bila anda nak anjur BBQ nantii okay?
Selamat mencuba!