Ikon fesyen sepanjang masa Audrey Hepburn sentiasa menjadi ingatan setiap generasi peminat filem Hollywood. Beliau diantara bintang Hollywood lama yang masih menjadi pujaan ramai walaupun lakonan filemnya gambar hitam putih, tapi itu bukan penghalang menyinari Audrey setelah pun jasadnya tiada lagi di dunia.
Gambar-gambar cantik beliau tidak pernah jemu ditatap siapa sahaja, paling ikonik gambar beliau dengan penampilan little black dress. Itulah yang mencipta nama Audrey Hepburn sebagai ikon fesyen klasik dunia. Kehadiran Audrey dalam dunia fesyen antara membuka perhatian simplicity is the ultimate sophistication.
Namun ada juga yang menjadi tanda tanya ramai apabila bagaimana si cantik tinggi lampai ini mampu menjaga bentuk tubuh badan beliau sehingga akhir hayatnya. Langsung tidak berubah?!
Menurut dari keluarga rapat Audrey Hepburn, tiada rahsia diet dari beliau. Audrey langsung tidak pernah berdiet, malah beliau gemar makan makanan Itali seperti pasta. Boleh dikatakan Audrey sama seperti orang lain mengambil hidangan yang normal, sarapan pagi roti dan jem, tengahari menu ayam atau pasta dan untuk makan malam sup bersama daging dan sayur-sayuran. Paling mengejutkan selepas makan malamAudrey masih mengambil coklat dan minuman alkohol.
Dengan ketinggian 170cm dan mempunyai berat badan 50kg agak mustahil bukan? Jadi apa rahsia Audrey mengekalkan bentuk badan beliau?
#1 Berjalan Kaki
Audrey bersenam tapi tidak terlalu ekstrim, bagi beliau cukup dengan aktiviti berjalan kaki. Beliau gemar berjalan kaki sebagai regim senaman hariannya. Selain itu, beliau pastikan jadual hariannya sentiasa seimbang dan berkualiti.
#2 Menjaga Metabolisme
Tidak disangka lagi, Audrey mempunyai daya metabolisme yang sihat sebab itulah berat badan beliau sentiasa terkawal. Metabolisme yang baik mempercepatkan proses menukar makanan dan kalori kepada tenaga bukan kepada lemak. Siapa yang badan kekal kurus walaupun makan banyak, metabolisme mereka dalam kadar yang baik.
Macam mana? Boleh ikut tak apa Audrey Hepburn lakukan? Senang jer..aktifkan gerak tubuh badan walaupun makan banyak. Kalau tak, memang makin banyaklah lemak terkumpul!