Ternyata, the Curve adalah destinasi buat para pencinta makanan yang hebat kerana menawarkan lebih 60 buah restoran serta gerai makanan dan minuman (F&B) terkemuka khas buat para pengunjung!
Makanan dan masayarakat di Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Selain menjadi tempat tumpuan pengunjung yang mahu membeli-belah, the Curve juga mahu menarik minat si kaki makan untuk datang dan menjamu selera di aneka kedai makan yang ada disediakan.
Antara yang popular adalah Paddington House of Pancakes, Wingstop, Franco, Wetzel’s Pretzel, Shakaway dan Secret Tokyo.
Paddington House of Pancake
Semalam, penulis sempat menyertai acara Food Crawl, menjamu selera di beberapa restoran terkemuka ini dan menurut penulis, rata-rata kedai makan di the Curve adalah bertaraf tiga hingga lima bintang menawarkan seleksi hidangan istimewa yang pastinya memuaskan. Tidak kisahlah sama ada untuk memenuhi selera sendiri atau dijadikan lokasi makan-makan bagi meraikan teman serta kaum keluarga, the Curve adalah syurga makanan yang mahsyur di tengah-tengah Mutiara Damansara.
Wingstop
Seleksi menu pilihan dari makanan kegemaran Melayu, beralih kepada hidangan Cina dan mamak sehinggalah kepada sajian Barat yang terdiri dari sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam, semuanya dihimpunkan di bawah satu bumbung yang sama sambil ditemani persekitaran lanskap indah untuk memberi keselesaan nyaman buat semua. Tak perlu berjalan jauh, susunan deretan restoran yang menghadap secara menyeberang di bangunan dalam bangunan dua tingkat ini mudah dilihat dengan jelas, memberi lebih keterujaan buat pengujung. Dataran pejalan kaki pada waktu malam juga akan menerbitkan aura keasyikan apabila lampu-lampu memancarkan cahaya umpama berada di dunia lain.
Tokyo Secret
Pengujung yang mahu berhibur, bersantai sambil menjamu selera di the Curve bebas membuat pilihan untuk menikmati hidangan mengikut bajet berikutan aneka gerai dan restoran yang ada di sini.
Sehubungan itu, penghujung bulan ini dari 28 September hingga 1 Oktober 2017, the Curve bakal menganjurkan sebuah acara bazaar makanan di kawasan Centre Court dan lebih meriah apabila pengunjung bakal dihiburkan juara Teh Tarik King 2014 dan 2015 pada jam 2.30pm pada Sabtu dan Ahad. Manakala tiga kumpulan buskers pula akan memecah kesunyian dengan nyanyian dan alunan intrumen mereka setiap hari dari jam 12pm hingga 9.30pm.
Shakeaway
Bebeza daripada tahun lalu, pengunjung yang membeli makanan di bazaar fiesta makanan the Curve juga boleh terus duduk dan makan di sini kerana meja dan kerusi akan disediakan sebagai kemudahan sepanjang berlangsungnya acara tersebut.
Antara juadah yang akan dijual adalah termasuk makanan kegemaran Malaysia seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang. Makanan timur tengah pula adalah seperti Kambing Mandy, Salad Arab dan banyak lagi!
Wetzel’s Pretzel
Selepas makan janganlupa dapatkan pencuci mulut enak seperti churros yang dicicah dengan ais krim, ice cream sandwich, pulut durian, milkshakes dan banyak lagi!
Jangan lupa, the Curve Food Fest ini hanya berlangsung selama empat hari tau!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.thecurve.com.my] atau lawat laman Facebook the Curve Shopping Mall di [www.facebook.com/theCurveShoppingMall]