COACH bukan sahaja sering dianggap sebagai jenama fesyen berprestij megah kelahiran kota New York bahkan rata-rata item fesyennya adalah mampu milik membuatkan ramai orang jadi tak keruan setiap kali koleksi terbaharunya membanjiri pasaran.
Saat perhatian dunia kini tertumpu pada New York Fesyen Week (NYFW) untuk koleksi musim bunga 2018 (wanita) yang berlangsung sejak awal minggu lalu, semalam lensa kamera paparazi turut tidak ketinggalan memerhati gaya seorang artis kita yang diundang untuk memeriahkan acara pertunjukan fesyen jenama COACH. Siapa lagi kalau bukan Miss Fazura!
Ligat berkongsi detik-detik manisnya saat menghadiri acara glamour tersebut di Instagram, beliau sudah boleh dipandang tinggi sama dengan selebriti-selebriti antarabangsa yang lain.
Siap menggayakan busana dress labuh floral dari koleksi musim luruh COACH 2017, Fazura kelihatan sopan dan manis sambil ditemani aksesori beg genit yang diselimpang kemas.
Rambut berombak rona ginger pula seolah menyerlahkan lagi warna kulit kuning langsat milik Fazura yang dibiarkan lepas bersahaja untuk gaya ringkas elegen.
Maklumat Item Fesyen COACH Yang Digayakan Fazura
- Coach Embroidered Suede Dress: $1400 ***(RM5,880)
- Coach Underpinning Dress: $795 ***(RM3,339)
-
Kisslock Pouch In Glovetanned Nappa Leather With Rexy And Carriage Print: $150 ***(RM630)
*** Harga Malaysia mungkin lebih tinggi setelah cukai
Di barisan hadapan, terlihat kelibat aktres popular dari Indonesia, Cinta Laura Kiehl bersama figura-fugura ternama lain.
Sebelum ini, anak kelahiran Malaysia iaitu Yuna dan juara Asian Next Top Model musim ke-2 Sheena juga pernah menjadi tetamu VIP untuk duduk di barisan hadapan pada pertunjukan fesyen musim bunga COACH di Minggu Fesyen New York (NYFW) tahun lalu.
Dalam acara lain anjuran COACH, Fazura juga sempat beramah-mesra dan bertemu sendiri penyanyi pop kegilaan ramai anak muda abad ini, Selena Gomez! J.E.A.L.O.U.S
So proud and happy for you Fazura! ❤️