Impian setiap wanita ialah memiliki bulu mata yang lebat, lentik dan semestinya panjang. Namun tidak semua wanita boleh mendapatkannya melainkan menggunakan maskara atau pemakaian bulu mata palsu.
Tak tahu lah sama ada kalau anda cemburu atau tidak dengan berita wanita dari China ini mempunyai sepasang bulu mata yang paling panjang dengan rekod 12.4 sentimeter!
You Jianxia, 50 tahun berasal dari Shanghai secara semulajadi memiliki bulu mata dibahagian atas yang panjang dari biasa. Sehingga kini beliau masih lagi memegang rekod Guinness Book of World Records dari tahun 2016.
Pelik tapi benar itulah yang boleh diungkapkan kepada bulu mata You Jianxia kerana pada individu yang normal, bulu mata akan berhenti tumbuh tapi tidak pada wanita ini. Bulu matanya semakin memanjang bak rambut pula.
Lepas tengok bulu mata You Jianxia, ada lagi tak yang hendak berbulu mata panjang?