Sebut sahaja gagah, mungkin terbayangkan tubuh yang perkasa tapi maksud itu lebih luas dari itu. Kekuatan fizikal, ketahanan mental dan kekental emosi akan membolehkan sesorang mengatasi cabaran dan halangan yang paling sukar. Sesiapa sahaja boleh menang jika mereka bertekad akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan segala halangan demi mencapai impian. Kini tiba peluang untuk anda membuktikannya!
KIX HD (Astro Chanel 729), saluran utama hiburan berbentuk aksi di Asia, menjemput rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur untuk menyertai R U Tough Enough? Musim Keempat. Pada tahun ini, sepuluh tahun baru akan dipilih untuk bersaing The Ultimate Edition. Kesemua sepuluh peserta akan mengharungi beberapa siri cabaran sukar yang akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi untuk dimahkotakan sebagai ‘Malaysia’s Toughest 2017’ dan membawa pulang hadiah benilai hampir RM30,000.
R U Tough Enough? terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai, peserta boleh menghantar penyertaan secara atas talian di www.KIX-TV.com/tough. Calon yang disenarai pendek akan menghadiri sesi uji bakat tertutup pada akhir Oktober dan sepuluh individu gagah dipilih untuk bertarung dalam bertanding akhir di Sunway Pyramid pada 26 November.
Maklumat lanjut termasuk terma dan syarat pertandingan layari www.KIX-TV.com/tough.