Jika dilihat dari sudut stail pemakaian selebriti Hollywood, mereka lebih feminin dan gemar menyerlahkan sifat keperempuanan diri menerusi pemilihan item fesyen yang girly seperti ditampilkan oleh watak Shelley Darlington dalam filem “The House Bunny” mahupun Jessica dalam “The Hot Chick”. Hal ini berbeza bila dibandingkan dengan stail pemakaian gadis-gadis Korea.
Lebih boyish dan rata-rata selesa menggayakan pakaian oversized, ayuh Wanista senaraikan helah serta panduan, cara-cara menjadi fashionista Korea!
#1 Lebih Besar, Lebih Labuh, Lebih Cantik!
Tidak seperti mereka di barat, fashionista Korea lebih gemar mengenakan pakaian yang longgar-longgar. Stail sebegitu dianggap sebagai gaya paling gempak!
Sama ada helaian jenis dress, kemeja mahupun jaket… semuanya dipakai cara longgar untuk menyerlahkan identiti eksentrik si pemakai.
#2 Eksperimen Dengan Teknik Layering
No rules in fashion! Mereka bijak bereksperimen dengan teknik lapisan untuk buat gaya pemakaian tampak eksklusif dengan cara tersendiri! Bagi anda mungkin nampak pelik, tapi bagi mereka… memakai skirt diluar baju adalah sesuatu yang cool.
#3 Seluar “Senteng”
Fashionista Korea akan memakai seluar yang senteng atau singkat untuk menonjolkan kasut mereka.
Masyarakat Korea berpendapat bahawa kasut adalah aksesori penting malah dianggap sebagai daya penarik paling mustahak ketika berfesyen!
#4 Sneaker Is A Must!
Kasut jenis sneakers adalah paling hit dan ramai selebriti Korea memiliki hobi untuk mengumpul sneakers! Tak percaya? Boleh klik dan baca artikel [Perempuan Lain Kumpul Heels, Sandara Park Kumpul… Lihat Koleksi Kasutnya!]
Baik wanita mahupun laki-laki, semuanya memiliki persamaan yang obses dengan sneakers!
#5 Pinjam Helaian Fesyen Lelaki
Rata-rata fashionista dan gadis-gadis di Korea telah dipengaruhi gaya boyish.
Antara item fesyen kegemaran mereka adalah kasut bertali seperti sneakers, baju-T, seluar track suit, jaket oversized, tali pinggang, boot kulit, dan topi.
#6 Pastikan Baju Ada Perincian Unik!
Setiap kali bergaya, mereka akan memastikan terdapat perincian unik pada helaian fesyen yang dipakai.
Baik jahitan tampalan, sulaman, rambu-ramba atau tekstur eksentrik pada permukaan fabrik sekalipun, semuanya adalah untuk menarik perhatian orang yang melihat!
#7 Tutup Bahagian Atas Namun Terdedah Di Bawah
Seperti fashionista barat, mereka gemar mendedahkan bahagian lurah dengan memakai baju yang memiliki potongan leher rendah mahupun memperlihatkan bahu menerusi penggayaan sleeveless.
Tetapi di Korea, tiada istilah terdedah di bahagian atas kerana lazimnya hanya bahagian lutut ke bawah yang “ditayang” untuk kelihatan seksi dan edgy!
#8 Jaket Adalah Sahabat Baik!
Baik lelaki mahupun wanita, jaket tidak pernah lekang sebagai signature piece! Ternyata kehadiran jaket buat penampilan lebih unggul.
#9 Matchy-Matchy Dengan Pasangan?
Memang masyarakat Korea terkenal dengan sifat romantis kawaii! Jika anda dan teman lelaki gemar berfesyen, mungkin boleh terapkan elemen matchy-matchy ini!
Tak perlu pakai pakaian yang sama, cukup sekadar sedondon menerusi penggayaan fesyen senada. BACA: [Sama Tapi Tak Sama! Tips Fesyen ‘Couple Look’ Untuk Yang Dilamun Cinta]
#10 Serlah Identiti Diri Dengan Stail Tersendiri
Apabila berfesyen, seseorang haruslah berani tonjolkan idea sekaligus menjadi diri sendiri. Cipta gaya yang akan buat orang ingatkan anda! Apa yang penting, anda harus yakin… barulah gaya yang dibawakan menjadi cantik di mata orang.
Selamat beramal!