Gempar tragedi yang menyayat hati dengan kehilangan 23 insan didalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat, awal pagi semalam. Mereka yang maut dikatakan terperangkap didalam api yang marak dan kebanyakan saksi yang berdekatan tempat kejadian tidak dapat menghulurkan bantuan kerana pintu laluan sudah dijilat api.
Ramai yang menzahirkan rasa duka dan kesal dengan pemergian mereka. Bukan sahaja dari netizen, malah dari penggiat seni juga meluahkan rasa sedih dengan apa yang ditimpa oleh anak-anak syurga tersebut. Rupanya ada diantara selebriti Malaysia yang pernah bertemu dan menjemput mereka bersama-sama dalam majlis rohani yang dianjurkan.
Berikut ucapan-ucapan takziah dan doa selebriti kepada mangsa-mangsa yang terlibat…
Nur Fazura
Dato’ Siti Nurhaliza
Fattah Amin
https://www.instagram.com/p/BZAcqk6ARAx/?taken-by=fattahaminz
Scha Alyahya
Rizalman
https://www.instagram.com/p/BZApv2Qnr8o/?taken-by=rizalman71
Neelofa
Janna Nick
Fasha Sandha
Nora Danish
https://www.instagram.com/p/BZAUpzLhgLn/?taken-by=noradanish
Sehingga kini siasatan dan proses pengecaman mayat masih dilakukan. Wanista mendoakan kesemua roh mangsa yang terlibat ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga segala proses siasatan kes berjalan dengan lancar. Kepada keluarga mangsa, takziah dan harap bertabah dengan Qada dan Qadar Allah SWT. Amin.