Mungkin melihat kuku yang dirias berbentuk muka orang sudah cukup menyeramkan tetapi seorang artis dari Korea Selatan, Dain Yoon memaparkan teknik riasan ke peringkat seterusnya dengan hanya menambah rambut.
Selepas berkongsi gambar seni riasan ‘kuku berambut’ di Instagram dan Twitter, terusan ianya menjadi viral bahkan media antarabangsa melabelkannya sebagai trend fesyen aneh 2017.
Walaubagaimanapun, ada segelintir berpendapat teknik riasan kuku berambut yang dibuat oleh Yoon sangat artistik dan cukup rumit, dari wajah yang sangat terperinci sehingga peletakan rambut pada setiap jari.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendesak Yoon supaya tidak menyiarkan gambar kuku berambut kerana khuatir ia akan menjadi fonemena dikalangan anak muda, tetapi Yoon memilih untuk menghindarkan komen negatif tersebut.
Anda rasa trend ‘kuku berambut’ ini patut atau tidak? Yang penting melihat pada gambar sahaja memang sangat menggelikan dan menakutkan. Cuba bayangkan malam-malam tengok kuku sendiri, confirm tak nyenyak tidur.