Pagi ini waktu Malaysia, telah berlangsungnya sebuah acara anugerah berprestij di Amerika Syarikat untuk memberi penghargaan kepada semua pelakon dan para pembikin drama terbaik yang diadili dari Jun 2016 hingga 31 Mei 2017.
Diadakan di Microsoft Theater, Downtown Los Angeles, California, acara ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran CBS sambil dihiburkan pengacara Stephan Colbert.
Seperti biasa, di majlis anugerah-anugerah besar sebegini, busana yang disarungkan para selebriti sememangnya memberi impak besar kerana ia menentukan sama ada gaya yang dibawakan itu bakal menerima pujian atau dikritik secara negatif.
Bersempena anugerah Annual Primetime Emmy Awards yang ke- 69, ini 10 selebriti Hollywood wanita yang berjaya bawakan gaya paling menawan di atas karpet merah!
Nak tahu selebriti mana jadi pilihan Wanista, jom tengok!
#1 Yara Shahidi
Berbadan genit namun dia masih bisa kelihatan effortless dalam gaun sarat rona nude ini! Perincian lenggan ropol serta potongan leher bertindih ini buatkan dress yang dipakainya menjadi idaman semua wanita.
#2 Mandy Moore
Favorite penulis! Mandy Moore boleh dikira sebagai selebriti yang memiliki sense of fashion memukau. Setiap kali menghadiri acara-acara keramaian, beliau tidak pernah gagal buat orang berkata “wow”. Gaun kembang bertingkat yang diperbuat daripada fabrik “net” jenis tulle ini adalah yang paling sensasi tahun ini!
#3 Nicole Kidman
Gahnya gaun kembang merah milik Nicole! Warna garang ini sesungguhnya menyerlahkan tona kulit Nicole yang pucat itu.
#4 Shailene Woodley
Penggunaan fabrik baldu mungkin sudah dianggap ketinggalan zaman… it is so 2016, tetapi Shailee bijak menerapkan rekaan moden untuk buat fesyen baldu kelihatan up-to-date!
#5 Michelle Pfeiffer
Ringkas kerana warnanya senada dari hujung rambut hingga hujung kaki, tetapi sulaman floral pada badan yang hanya dilapisi renda jarang buatkan pakaian tersebut nampak mewah serta-merta!
#6 Tracee Ellis Ross
Berani serlahkan diri dalam busana bergermalapan yang sarat dengan jahitan manik sequin, Tracee Ellis kelihatan sangat cantik! Potongan lengan besar memberikan sesuatu kelainan manakala penghujung dress yang dihiasi bulu-bulu juga setidaknya melembutkan sarat manik agar kelihatan seimbang. So smart!
#7 Erin Lim
Eksentrik dan anggun dalam waktu yang sama, si cantik Erin Lim manis dalam persalinan dress jarang yang dihiasi sulaman berkilau motif kerawang floral. Stail sensual yang diketengahkan mungkin disunting dari gaya Boho Chic!
#8 Millie Bobby Brown
Mengambil inspirasi daripada tutu si ballerina, Millie persis bidadari apabila menyarungkan skirt tulle berlapis! Sekali pandang buat dia kelihatan seperti pengantin pula kan?
#9 Julianne Hough
Juga memanfaatkan fabrikasi jenis tulle, Julianne Hough melembutkan gaun gelapnya menerusi sisi perincian bunga tampalan rona merah jambu lembut yang penuh melingkar di bahagian tubuh hingga ke bahu dan pinggang. Kelihatan elegan without trying to hard, dialah fashionista sebenar!
#10 Kiernan Shipka
Mirip warna dan potongan dress yang pernah digayakan Selena Gomez saat menghadiri Met Gala 2017 pertengahan tahun lalu, Kiernan nampak comel dengan dress yang dipenuhi manik menyerlahkan lagi jiwa feminin biarpun tanpa sebarang aksesori yang sarat. Cukup sekadar anting-anting genit ditambah pula solekan serta gaya rambut yang ringkas.
Bonus!
Thandie Newton
Cantik dalam busana kembang rona Lavender, gaun yang sarat di bahagian skirt ni sangat padan dengannya malah buatkan kompleksi kulit si hitam manis lebih memukau!
BACA: Aktres Thandie Newton Guna Kunyit Dapatkan Kulit Wajah Bersinar
Nampaknya, tahun ni ramai selebriti terpanggil menggayakan dress yang diperbuat daripada fabrik “net” jenis tulle. Bahkan ada juga yang sengaja mahu buat diri kelihatan seksi dengan menyarungkan busana dress berpotongan leher rendah seperti Nicole Kidman dan Shailene Woodley.
Rata-rata memilih untuk tampak eksklusif dengan rekaan yang berperincian sulaman kerawang, tampalan motif floral serta jahitan manik dan bulu-bulu.
Jadi, yang mana satu gaun kegemaran anda?