Cosway, sebuah syarikat pemasaran rangkaian tempatan terkenal lebih 38 tahun melancarkan ‘Experience Centre’ pertama kalinya di Berjaya Times Square iaitu sebahagian dari strategi pembinaan dan penjenamaan semula model perniagaan yang bertujuan untuk memberikan para pelanggan mereka satu pengalaman baharu dalam konsep membeli-belah.
Cosway Experience Centre merupakan satu pusat revolusioner yang berbeza daripada kedai runcit yang biasa. Ia mempamerkan rangkaian produk-produk kesihatan, penjagaan rumah, kecantikan, makanan dan minuman menerusi lapan zon pengalaman yang bertemakan gaya hidup.
Zon-zon yang luas ini dilengkapi dengan panduan interaktif, unit-unit demonstrasi dan mesin-mesin diagnosis berketepatan tinggi dan memberikan maklumat berasaskan fungsi manfaat holistik dan kesihatan produk-produk Cosway kepada bakal pelanggan. Pusat ini juga berfungsi sebagai pusat kutipan untuk pembelian atas talian.
Para pelanggan kini boleh mengunjungi Cosway Experience Centre atau menghubungi nombor telefon 03-21411636 untuk mendaftar dan menerima penilaian kesihatan dan perundingan kecantikan secara percuma bermula 18 hingga 30 September.
Cosway Experience Centre dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam setiap hari di Tingkat LF, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.