Harper Bazaar mengangkat Sophia Hadjipanteli, seorang pelajar kolej sebagai model yang miliki sepasang kening yang paling cantik di dunia.
Bintang Instagram dengan lebih daripada 60, 000 pengikut ini membina kemasyurannya pada wajah cantik dan sepasang kening unik apabila keduanya bersambung antara satu sama lain di bahagian tengah, kiranya keningnya tiada jarak. Cukup cantik dan unik apabila dilihat banyak kali.
Berambut perang semula jadi, Hadjipanteli menekannya alis tebal dan gelapnya itu sememangnya tumbuh liar semulajadi sebegitu. Dia juga mahu menggalakkan wanita lain untuk menghargai setiap aspek wajah mereka, dan tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang untuk memantis dan membentuk alis mereka.
Berikutan perkara itu, Hadjipanteli memberitahu Harpers Bazaar bahawa dia mendapat banyak komen negatif malah ada netizen menggelarnya jelik atau hodoh hanya kerana kening tebal itu.
“Saya tidak melakukan ini untuk menunjukkan kepada orang bahawa mereka perlu menyukai (unibrow- sepasang kening yang bercantum), saya berbuat demikian untuk menunjukkan kepada orang bahawa mereka boleh meneruskan hidup mereka walaupun ada kekurangan yang dimiliki. Saya sendiri merasakan wajah saya tampak lebih baik sebegini walaupun ada banyak komen dan suara sumbang yang mengatakan sebaliknya,” terang Hadjipanteli.
Tak tahu pada anda, tetapi pada penulis kening gadis fotogenik ini cukup unik. Ditambah dengan rambut blonde kerinting ikal mayang membuatkan dia tampak cukup seksi dan hot sekali.