Ramai wanita terlepas pandang soal bersolek ketika melakukan senaman.
Bukan sahaja terlepas pandang, malah ada juga yang degil untuk tampil cantik walaupun dalam keadaan yang berpeluh-peluh. Sanggupkah anda panas berpeluh dan kulit mula bercampur dengan solekan dan bakteria peluh. Mulahlah timbul reaksi kulit seperti jerawat dan gatal-gatal. Salah siapa?
Ini sebab utama tidak boleh pakai mekap bila bersenam
Apabila badan mula rasa panas, pertama sekali ia akan mengeluarkan peluh dan kemudian pori-pori mula terbuka. Bayangkan lapisan kulit anda mempunyai solekan dan kotoran tersebut mula tersumbat dalam pori-pori, akhirnya memyebabkan kulit breakout.
Bukan itu sahaja, bintik hitam dan tekstur kulit tidak sekata juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil berat soal ini.
Bersihkan muka sebelum bersenam
Pastikan muka anda bersih dari apa-apa solekan sebelum bersukan atau bersenam. Selain itu, anda juga boleh menyapu sedikit serum ringan yang cepat meresap kedalam kulit.
Nak juga pakai mekap ketika bersenam? degil
Kalau anda memang tidak boleh tinggalkan mekap walaupun sedang bersenam. Amalkan tips ini untuk penjagaan kulit yang lebih baik:
- Gunakan pelembab ringan dan bebas minyak
- Bersihkan muka serta-merta selepas selesai bersenam – paling efektif sebelum kulit cool down dan pori-pori kembali mengecil.
Dah tahukan? Jadi anda pilihan samada untuk bersolek semasa bersenam atau tidak..