Nama Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan dan televisyen. Bagi yang belum mengetahui latar belakang Pak Nil, beliau merupakan bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Ekonomi.
Lantaran dengan itu, semalam Pak Nik telah dilantik sebagai duta alumni Universiti Malaya (UM). Pelantikan tersebut untuk dijadikan ikon kepada pelajar UM dan menjadi pemangkin kepada mobiliti serta program alumni universiti tersebut pada masa akan datang.
Selain dari Pak Nil, turut menggalas tugas yang sama ialah iaitu pakar motivasi terkemuka, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan pembaca berita, Charles Mohan.
Pengacara hebat berusia 54 tahun itu berterima kasih kepada UM kerana memberi pelung kepadanya untuk berbakti kepada anak muda yang sedang mengejar cita-cita masing-masing.