Filem Geostorm merupakan debut untuk sutradara Dean Devlin yang sebelum ini turut serta menghasilkan “Independence Day” dan “Independence Day: Resurgence”.
Filem thriller sci-fi yang baru, Geostorm, dibintangi oleh Gerard Butler ini berkisarkan seorang saintis bernama Jake Lawson (Gerard Butler) yang cuba menyelamatkan dunia dari bencana disebabkan oleh kerosakan satelit kawalan iklim.
Sinopsis
Seorang lelaki telah ke angkasa lepas bagi menghalang satelit yang mengawal iklim daripada menghasilkan ribut taufan yang dahsyat, manakala adiknya mendapat tahu mengenai plot untuk membunuh presiden.
Jadi, apa agaknya kelainan yang akan dipersembahkan Dean Devlin? Saksikan trailer ini.
Soundtrack untuk filem cukup mengagumkan, bukan? Kalau anda ingin mengetahui kesudahan filem ini, masuk peraduan Wanista. Ya, Wanista akan beri pas percuma menonton tayangan perdana Geostorm yang akan berada di pawagam Malaysia pada 12 Oktober 2017 ini.
Filem : Geostorm
Tarikh : 11 Oktober 2017
Masa : 9.15 malam
Tempat : TGV 1 Utama
Nak jadi orang yang terawal menonton filem ini? Sertai kami sekarang!
Syarat Pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. Peraduan ini hanya sah dari 28 September 2017 sehingga 8 Oktober 2017
3. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5. Pemenang dikehendaki datang tuntut pas filem Geostorm di TGV 1 Utama pada 11 Oktober 2017 jam 8.30 malam.
Untuk maklumat lanjut bolehlah berkunjung ke Facebook.com/WarnerBrosMalaysia.
Semoga Berjaya!