Orang Malaysia dan makan berpisah tiada. Tak percaya? Setiap kali ada pelancaran kedai mahupun restoran baru, ada yang sanggup ambil cuti semata-mata nak menjadi yang terawal mencuba makanan di situ.
Jangan risau kerana Uber Malaysia kini meluaskan perkhidmatan mereka dengan melancarkan UberEATS – servis penghantaran makanan, yang memberi kemudahan pengguna membuat tempahan dari peranti pintar.
Sangat mudah, UberEATS mahu pengguna menikmati makanan yang digemari tanpa perlu menempuhi kesesakan trafik dan mencari parking. Hanya buka aplikasi, pilih makanan yang diingini dan tekan butang Order. Ia akan tiba dalam masa sekitar 30minit. Bayaran pula hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit, caj setiap penghantaran ialah RM5.
Untuk yang beragama Islam, UberEATS juga bekerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantarannya menepati piawaian Halal JAKIM.
https://www.instagram.com/p/BZQXI1FHSXm/?taken-by=wanistadotcom
Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web www.ubereats.com.