Anda ingin kelihatan menarik dan cantik seperti foto-foto selfie selebriti terkenal di Instagram? Anda juga boleh!
Ini Wanista tunjukkan kepada anda Instagram filter paling banyak para selebriti gunakan untuk mendapatkan perfect selfie.
Jom Cuba!
Mayfair
Instagram filter ini tidak berlebihan. Dengan menambah kesan pink lembut dan fokus cahaya kepada foto, ia sekaligus memberikan kesan warna kulit yang lebih cantik. Malah, menurut penelitian, foto dengan Instagram filter Mayfair ini banyak mendapat like, wow!
Walden
Kesan sedikit pudar dan blur dari Instagram filter jenis Walden ini sesuai untuk memudarkan corak kulit yang kurang sempurna. Lihat sahaja foto Alexa Chung ini, cantik bukan?
Valencia
Instagram filter ini sangat sesuai untuk menonjolkan rambut. Kesan cahaya dan vintaj dari Valencia ini membuatkan rambut kelihatan lebih cantik dan menyerlah.
Jom dapatkan selfie cantik mereka ini.