Ikan emas adalah sejenis ikan hiasan yang besarnya umpama sebiji bola golf atau lebih kecil. Namun, lain pula dengan penemuaan sepesis ikan emas ganjil di sebuah sungai dalam daerah Australia ini.
Ikan Emas gergasi ini khabarnya sebesar bola sepak telah ditemui hidup dan membiak dalam sebuah sungai di bahagian Timur Australia dan dalam masa yang sama telah menimbulkan risiko terhadap spesis-spesis ikan air tawar asli di sungai itu.
Seorang Saintis dari Murdoch University menasihatkan supaya penduduk tempatan berhenti membuang ikan peliharaan mereka menerusi saluran tandas kerana dikhuatiri akan menjejaskan keadaan ekosistem negara itu.
Lebih mengejutkan, Ikan Emas gergasi itu sudah mulai kebal untuk hidup dalam habitat air masin kerana kali pertama ikan tersebut ditemui adalah ketika musim panas tempoh hari, saat kadar garam dalam air sungai lebih tinggi daripada biasa. “Ini menjelaskan bahawa ikan tersebut boleh hidup dan terus membiak biarpun dalam habitat air masin, ” jelas Saintis Perikanan, Dr James Tweedley.
Pihak berkuasa tempatan Australia kini sedang heboh memikirkan langkah untuk melindungi spesis ikan asli di sungai berkenaan kerana ikan emas yang hidup di situ memberi impak negatif dengan memakan telur-telur ikan asli. Pembiakannya juga sukar dibanteras dan dihentikan.