Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Berkesan? Gwyneth Paltrow Kongsi 5 Tips Untuk Perhubungan Kekal Lama

by Malisa Aina
September 26, 2017
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Gwyneth Paltrow, 44, dikenali sebagai “pemberi nasihat yang luar biasa” untuk petua perkahwinan berkekalan.

Walaupun rumah tangganya bersama suami, Chris Martin putus ditengah jalan tetapi itu tidak mematahkan semangat pelakon yang pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di Oscar untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Foto – Tumblr

Ini 5 tips berkesan yang boleh diguna pakai untuk setiap wanita.

Foto - Vogue (YouTube)

Pakar ‘Berang’ Dengan Teknik Sunscreen Gwyneth Paltrow

April 5, 2021
Foto - Tumblr

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

November 25, 2020

1. Jangan berhujah atau berdebat

Paltrow menasihati supaya anda menghindari dari suka menjerit kepada pasangan. Apa sahaja yang anda rasa, lakukan sebaliknya. Pergi kepada pasangan anda dengan kasih sayang dan tawan hatinya. Mungkin melalui perbincangan rasional adalah idea terbaik untuk tips ini.

2. Jadilah seperti seorang suri rumah

Melalui Harper’s Bazaar, Paltrow menerangkan bahawa pendekatan lama di dalam perhubungan adalah kunci utama.

“Saya mahu mengekalkan perkahwinan saya dan keluarga, jadi saya perlu berada di sampingnya apabila di rumah. Anda perlu menjadi seorang isteri, layan suami anda dengan baik,” jelasnya.

3. Beri kebebasan

IKLAN

Anda mungkin bosan bila berhadapan dengan pasangan yang 24 jam mahu mengawal diri anda. Setiap tindak-tanduk, pasti ingin diketahuinya, sampaikan kawan sendiri meluat melihat perhubungan anda. Cuba ikut pendekatan Paltrow yang sedikit berbeza ini.

“Saya sama sekali tidak pernah berkata, “Di mana kamu? Kamu perlu berada di rumah sekarang,” Saya lebih suka berikan dia kebebasan,” terangnya.

4. Kongsi obsesi diet dengan suami 

Paltrow memang terkenal dengan pelbagai tips diet termasuklah diet jus detoks dan diet makrobiotik. Dalam kandungan bukunya yang diterbitkan pada tahun 2013 bertajuk All Good, seluruh keluarga turut sama berkongsi keseronokan tentang penjagaan makanan yang dilakukan olehnya. Dia telah menetapkan makanan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak-anaknya. Mungkin dengan cara ini, anda akan rasa lebih dekat malah menghargai usaha pasangan.

5. Membincangkan secara terbuka kesukaran dalam perkahwinan

Mungkin ada setengah orang memilih untuk memendam rasa tapi bagi Gwyneth, jujur adalah perkara paling penting, walau kebenaran itu pahit. Di dalam banyak temubual bersamanya, dia banyak membicarakan tentang perkahwinan dan nasihat. Dia juga berkata yang dia juga melalui saat-saat getir seperti pasangan lain.

Ada antara tips wanita ini boleh diterima akal juga. Not bad!

SUMBER

Tags: aktres gwyneth paltrowGwyneth Paltrowgwyneth paltrow kongsi 5 tips cintagwyneth paltrow kongsi tips cintapelakon gwyneth paltrowtips cintatips cinta gwyneth paltrow
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.