Semasa tayangan filem Suicide Squad pada tahun 2016 yang lalu, rata-rata peminat filem tersebut ketagih dengan kisah percintaan diantara Harley Quinn dan Joker. Mereka dilabelkan sebagai pasangan romantis tapi gila!
Mungkin ini satu berita yang baik buat peminat mereka dimana, aktres Margot Robbie yang memegang watak Harley Quinn sedikit sebanyak telah mendedahkan tentang filem akan datang. Filem baru ini akan lebih memfokuskan kepada pasangan cinta ‘gila’ ini.
Menurut dari sumber Contactmusic, aktres itu juga teruja untuk bekerjasama semula dengan Jared Leto (Joker).
Secara peribadinya saya taksub dengan cerita cinta. Dalam apa jua kisah sekalipun. Saya rasa ramai yang seronok menonton karakter seperti Harley dan Joker, dimana mereka sanggup bergadai nyawa demi pasangan. Ianya romantik walaupun dalam keadaan yang serabut
Buat mereka yang tertunggu-tunggu dengan filem cinta dari pasangan gila Harley Quinn dan Joker sudah boleh menarik nafas lega. Menariknya lagi penulis dan pengarah filem Suicide Squad, David Ayer turut memberi hint dengan mengemaskini status twitter beliau dengan gambar Harley Quinn dan Joker. Apakah?
— David Ayer (@DavidAyerMovies) September 16, 2017