Tahniah buat aktor veteran Hong Kong, Aaron Kwok yang baru sahaja bergelar bapa.
Para peminatnya serata dunia berkongsi mesej ucapan tahniah selepas aktor tersebut mendedahkan perkhabaran bergelar bapa buat pertama kali di usia 51 tahun di media sosial.
Kwok membuat pengumuman pada pagi Jumaat melalui laman sosial media China Weibo tanpa mendedahkan tarikh lahir atau jantina sama ada lelaki atau perempuan. Walaupun beliau tidak mendedahkan banyak butiran dan memilih untuk tidak menunjukkan wajah bayi itu, selebriti tersebut menyiarkan gambar tangan anak sulungnya yang menggenggam tangan ibu bapa mereka.
“Happy … grateful! Us three!” tulis Kwok dalam keterangan gambar. Beliau menambah, “Grow, family, protect,” bersama dengan emotikon muka smiley. Dia juga mencatatkan satu lagi imej yang menunjukkan tapak kaki dengan kapsyen, “Welcome, little one”.
Kebanyakan komen yang disiarkan oleh peminat dan pengikutnya adalah mesej ucapan tahniah dan kebahagiaan.