Mendapat sambutan di seluruh dunia, New Line Cinema bersama Warner Bros dengan bangganya mengumumkan bahawa sekuel filem tersebut bakal menemui penonton pada September 2019 nanti.
Khabarnya, filem seram aksi tersebut tersenarai dalam carta Box Office bahkan menjadi filem seram yang mendapat keuntungan paling tinggi menerusi kutipan dari tayangan seluruh dunia bernilai lebih $478 Juta dollar Amerika.
Filem itu adalah adaptasi daripada novel 1,200 muka surat nukilan penulis cerita seram Stephan King, mengetengahkan fantasi berkenaan sekumpulan kanak-kanak di daerah Derry yang dihantui makhluk berupa badut aneh.
Menurut sumber, sekuel kedua ini akan menyambung jalan penceritaan filem IT versi 2017 di mana kesemua ahli The Losers’ Club telah dewasa.
Menurut laporan The Hollywood Reporter pula, sekuel itu akan menampilkan momen flashback tentang kisah pengembaraan lampau mereka menjejaki entiti badut yang memakan kanak-kanak itu namun, masih belum ada pengesahan daripada pihak produksi sama ada aktor utama Bill Skarsgård akan kembali melakonkan watak badut Pennywise itu atau pun tidak pada sekuel kedua nanti.