Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Institut Jantung Negara (IJN) & Philips Malaysia Dedah 6 Rahsia Untuk Jantung Sihat

by Izzah Azizah
September 28, 2017
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk tiga tahun berturut-turut, Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia bekerjasama dalam program pendidikan masyarakat FATCHECK for a Healthy Heart – dengan pelancaran kempen ‘Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’. Kempen ini diadakan tanda menyokong sambutan Hari Jantung sedunai oleh Persatuan Jantung Sedunia pada 29 September, yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit kardiovaskular. 

Sejajar itu, kempen ‘Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’ telah menerbitkan video advokasi dan akan menyiarkan satu siri berunsur pendidikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovaskular dan impak terhadap rakyat Malaysia.

IKLAN

Foto – arkib Wanista.com

Ia akan memaparkan tentang enam cara pengubah hidup untuk mengamalkan gaya hidup mesra-jantung yang mencerminkan amalan berisiko yang telah dikenalpasti oleh WHO. Ini termasuk:

Sumber: Google Images

Philips Sonicare Galak Kempen Kesihatan Oral “SayAhh: Think Mouth, Think Health”

March 22, 2018

Alat Keriting Rambut Philips Mudah, Selamat Dan Hasilkan Gulungan Sempurna

October 27, 2017
  1. Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
  2. Tidak merokok
  3. Menangani tahap tekanan dalam hidup
  4. Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
  5. Makan diet yang sihat; dan
  6. Mengamalkan cara memasak rendah-lemak yang mesra-jantung, dengan menggunakan kaedah airfry semasa menggoreng. 
Foto – arkib Wanista.com

Menurut Mary Easaw, Ketua Pakar Pemakanan di IJN, kunci bagi pemakanan mesra-jantung adalah diet yang seimbang secara sederhana dan mempunyai kepelbagaian. Diet tinggi-lemak paling memudaratkan kerana ia akan mengakibatkan berat badan berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi – kesemuanya penyumbang kepada serangan jantung. 

Foto – arkib Wanista.com

Bermula pada tahun 2015, inisiatif pertama FATCHECK memaparkan kakitangan IJN yang menggalakkan masakan rendah lemak dan mesra-jantung dalam buku resepi ‘Heart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free Cooking’. Pada tahun 2016, program ini menunjukkan betapa mudahnya menyediakan masakan rendah lemak dan mesra-jantung ke dalam gaya hidup. Tahun ini, program FATCHECK for a Healthy Heart mendorong rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan enam cara holistik ke arah gaya hidup yang mesra-jantung.

Untuk maklumat lanjut mengenai program FATCHECK for a Healthy Health, layari www.fatcheck.my atau www.facebook.com/MyFatCheck.  

Tags: 6 Rahsia Untuk Jantung SihatFATCHECK for a Healthy Hearthari jantung seduniaHeart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free CookingInstitut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysiaphilips malaysiaprogram institusi jantung negaraprogram kesihatan jantungprogram philips malaysia
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.