Kanak-kanak dilahirkan dengan seribu satu bakat yang kadang-kala sukar diduga kerana ada di antaranya berada diluar kemampuan mereka jika hendak dibandingkan dengan umur mereka yang baru setahun jagung.
Namun, berlainan dengan kanak-kanak enam tahun dari China ini.
Mungkin sudah diajar dan dibiasakan dengan intrumen muzik Piano, setiap kali dia membuat persembahan pasti para enonton tergamam melihat persembahan yang disajikannya.
Baru-baru ini, kanak-kanak perempuan yang bernama Chen Anke itu diterbangkan ke Australia untuk menyertai satu program televisyen berjudul Little Big Shots yang dihoskan pengacara popular Shane Jacobson.
Shane sempat menemu bual Chen dan bertanya apakah dia meminati Taylor Swift, namun Chen memberitahu yang dia tidak gemar mendengar muzik-muzik moden sebaliknya dia memilih menjadikan pemuzik klasik seperti Beethoven dan Mozart sebagai idolanya.
Responnya itu kemudian mendapat pujian ramai daripada penonton malah Jaciobs sendiri pun kagum dengan jawapan yang diberikan Chen.
Chen yang mula berjinak dengan piano semenjak umurnya empat tahun berlatih selama empat jam setiap hari. Menurut Classic FM, Chen rupanya belajar di sekolah muzik Tianjin Cinservatory of Music di China.
Kini, nama Chen berada di mana-mana dan sudah dibanding-bandingkan dengan kebolehan yang dimiliki pianis terkenal dari daerahnya iaitu Lang-Lang, berusia 35 tahun.
Tonton Chen Anke Bermain Piano Ketika Membuat Kemunculan Di Program Little Big Shoot