Seperti yang kita semua tahu, Korea Utara adalah sebuah negara yang penuh dengan mitos dan segala macam rahsia. Mereka jauh ketinggalan membuatkan ianya adalah antara tempat yang paling bermisteri di dunia.
Sesungguhnya, tidak ramai orang luar berpeluang melawat negara yang memiliki tembok pertahanan kuat itu termasuklah Malaysia sendiri yang mengharamkan kemasukan warganegara ke Korea Utara.
Selain itu, kegiatan fotografi juga adalah terhad dan sangat dikawal.
Jurugambar profesional, Tariq Zaidi. Sumber: tariqzaidi.com Baru-baru ini, jurugambar profesional Tariq Zaidi yang banyak bekerja untuk akhbar-akhbar terkemuka antarabangsa sempat melawat daerah Dandong (sempadan China) di daerah utara. Memulakan perjalanan dari Pyongyang ke Wonson di pantai timur untuk melihat sendiri kehidupan sebenar Korea Utara secara lebih dekat.
Orang tempatan sedang menunggu ketibaan bas di sebuah perhentian bas di ibu negara Pyongyang saat masih hujan. Foto -Tariq Zaidi Pegawai keselamatan kereta api Pyongyang Metro yang bertugas. Foto -Tariq Zaidi Penjual bunga di luar Mansudae Grand Monument dearah Pyongyang. Orang ramai akan hadir ke monumen ini untuk memberi penghormatan kepada mantan Presiden yang disanjung seperi Presiden Kim Il-sung serta Pemimpin terkininya, Kim Jong-il. Foto -Tariq Zaidi Orang ramai bergembira di teman tema. Foto -Tariq Zaidi Orang ramai menikmati makan malam di sebuah gerai yang berdekatan dengan taman tema. Foto -Tariq Zaidi Penumpang bas mengelamun sewaktu menunggu bas untuk jalan. Foto -Tariq Zaidi Seorang kanak-kanak perempuan cuba bermain dalam gerabak kokpit kapal terbang binaan di Pyongyang Sci-Tech Complex iaitu sebuah pusat teknologi dan sains terbesar di daerah tersebut. Foto -Tariq Zaidi Pyongyang Metro adalah sistem landasan kereta api bawah tanah yang paling dalam di dunia. Keadaan dan hiasan dalamannya sungguh klasik dengan adanya tugu patung pemerintah terdahulu, Kim Il-sung di suatu sudut. Landasan ini juga dikatakan ‘kebal’ kerana mampu bertahan daripada letupan bom kuat. Foto -Tariq Zaidi Pegawai keselamatan yang menjaga pintu masuk sebuah perpustakaan sedang berbual. Foto -Tariq Zaidi Pegawai trafik mengangkat tabik hormat sewaktu sedang memerhati dan mengawal jalan raya. Foto -Tariq Zaidi Orang ramai yang menjejakkan kaki ke Kumunsan Memorial Park akan memakai pakaian rasmi. Tempat ini menjadi tempat paling suci, lokasi persemadian tubuh mantan presidennya iaitu Kim Il-sung. Foto -Tariq Zaidi Seperti biasa, laut menjadi tempat tumpuan orang ramai sambil diperhatikan pengawal. Foto -Tariq Zaidi Salah seorang pegawai tentera wanita yang menjaga keamanan di Victorious Liberation War Museum. Foto -Tariq Zaidi Rumah-rumah lama di tengah-tengah kota Pyongyang. Mana-mana pendatang mahupun pelancong boleh mengambil gambar namun gambar tersebut kemudian perlu diperiksa dahulu. Foto -Tariq Zaidi Seorang kakitangan wanita menjaga meja penyambut tetamu di sebuah hotel. Foto -Tariq Zaidi Blok-blok pangsapuri di Pyongyang. Foto -Tariq Zaidi Seorang wanita lengkap berpakaian serba moden mungkin sedang menunggu seseorang. Foto -Tariq Zaidi Tugu gangsa gergasi Presiden Kim Il-sung dan Pemimpin Kim Jong-il di Mansudae Grand Monument, Pyongyong. Foto ini diambil oleh Tariq sehari sebelum sambutan Hari Pembebasan di mana ia menyaksikan kelibat ramai tentera membanjiri monumen tersebut untuk memberi penghormatan. Foto -Tariq Zaidi Pemandangan dari atas Yanggakdo International Hotel. Foto -Tariq Zaidi Untuk lihat lebih banyak foto menarik, hasil karya jurugambar Tariq Zaidi, sila follow Facebook [www.facebook.com/tariqzaidiphotography] dan Instagram [www.instagram.com/tariqzaidiphoto].
SUMBER