Pengasas Playboy, Hugh Hefner meninggal dunia semalam di rumah agam Playboy di Los Angeles pada usia tua 91 tahun.
Istana Hugh Hefner sememangnya terkenal sebagai lokasi untuk majlis keraian untuk legenda dunia dan pesta-pesta besar seperti parti kolam di mana wanita hanya dibenarkan memakai set bikini sahaja.
Dibina pada tahun 1927 dan dibeli oleh Hefner sebanyak $1 juta pada tahun 1971, harta itu menjadi lambang kemewahannya di Hollywood.
Bukan calang-calang, dilaporkan Elvis Presley pernah datang ke sana dan tidur dengan lapan orang Playmates sekaligus di istana yang mempunyai 12 bilik tidur.
Manakala, salah satu episod siri The Apprentice turut dibuat di istana itu di mana para peserta dapat bertemu dengan Hefner dan teman wanitanya.
Istana ini sering disewa untuk lokasi pengambaran filem seperti The Entourage Movie pada bulan Mei 2015, parti korporat dan acara amal lain.
Tahun lepas sahaja, istana ini dijual dengan harga $100 juta kepada pemilik jutawan Twinkies yang tinggal di sebelahnya tetapi Hefner dibenarkan untuk terus tinggal di istana itu sepanjang hayatnya. Pembeli itu adalah Daren Metropoulos, hartawan perniagaan berusia 32 tahun yang tinggal di hartanah di sebelah rumah.
Selepas kematian Hefner, Daren berkata: Hugh Hefner adalah seorang ahli perniagaan yang hebat, gergasi dalam dunia Hollywood dan tokoh ikon budaya pop yang warisannya akan meninggalkan kesan yang berkekalan. Saya bernasib baik kerana dapat mengenali beliau sebagai jiran dan rakan.”
Carla yang pernah menjadi Playmates memberitahu majalah The Sun, kediaman Hugh Hefner mempunyai dekorasi yang sederhana dan lebih kepada rumah persaraan daripada istana hiburan.
Dia menjelaskan bahawa rumah itu mula kelihatan usang, “Hefner enggan menukar apa-apa di dalam kediaman, seakan-akan ia terasa seperti tahun 1980-an, dengan telefon lama yang masih tergantung di dinding, bilik tidur kelihatan usang dan langsung tidak terusik.”
Herner dilaporkan bakal dikebumikan di sebelah kubur Marilyn Monroe.