Sebelum ini Wanista pernah menulis artikel tentang penggunaan Vaseline untuk membersarkan payudara, tetapi teknik ini masih diragui akan keberkesanannya.
Baca: Betul Ke Vaseline Boleh Besarkan Payudara? Jom Cuba…
Oleh itu, salah seorang ahli girl group f(x) Luna tampil berkongsi rahsianya bagi mendapatkan payudara besar. Luna telah mencipta satu tutorial genius di mana hanya dengan menggunakan barang mekap sahaja.
Luna mengajar peminatnya bagaimana membuat lengan mereka lebih langsing, payudara lebih besar dan abs yang lebih jelas, semuanya hanya dengan alat solekan. Hebat, bukan?
Bermula dengan lengan, Luna menggunakan gabungan minyak dan losyen dengan nisbah 5: 5 untuk mencipta bayangan kontur, kemudian, disapunya di bahagian bawah lengan secara merata. Dia kemudian menyerlahkan bahagian-bahagian yang paling menonjol dari lengannya.
Untuk mencipta imej payudara yang lebih besar, dia menggunakan kontur dan berus untuk membuat bentuk V disekelilingnya. Pastikan keduanya diaplikasi dengan baik supaya tidak cakey dan berminyak.
Seterusnya, Luna menggunakan contour stick untuk mencipta tiga garisan. Kemudian, aplikasi sama rata untuk mencipta ilusi abs yang lebih jelas.
Dah siap. Nampak berbeza sebelum dan selepas tak? Untuk lebih jelas, tonton video tutorial oleh f(x) Luna ini.
Sekarang masa untuk anda mencubanya. All the Best!