Bagi yang mendengar berita ini pasti terkejut, sehingga kini desas-desus mengenai kisah persahabatan akrab Rossa dan Afgan dikatakan sah mereka berdua adalah pasangan bercinta!
Walaupun jurang perbezaan umur diantara mereka berdua 11 tahun, namun tiada apa yang boleh dipisahkan mereka.
Menurut dari Tribune News, Afgan dan Rossa bukan sahaja sering mengadakan persembahan duet, malah ke acara tidak rasmi contohnya perkahwinan penyanyi Raisa juga mereka tampil sebagai pasangan. Bukan itu sahaja, peminat yang menghadiri konsert mereka juga jadi saksi apabila telatah mesra ditunjukkan tanpa segan silu.
Baru-baru ini juga timbul khabar, Afgan, 28, dan Rossa, 39, rasmi bertunang pula. Ini kerana Rossa seperti menayang cincin ‘baru’ ketika bergambar dengan Afgan.
Tidak lama kemudian, Rossa memaklumkan ini semua hanya salah-faham dari peminat. Menurutnya lagi, cincin itu selalu dipakai dan isu bertunang hanya tanggapan orang sahaja.
Bukan apa, kelihatan terlalu mesra..siapa yang tidak beranggap mereka ada apa-apa. Walaupun mereka hanyalah meletakkan hubungan itu sekadar kawan baik, peminat tetap rasa mereka ada sesuatu.
Setuju tak?