Siapa tidak kenal dengan pereka fesyen duo yang sering mencipta rekaan unggul khas buat wanita-wanita di Malaysia ini.
Rizman Ruzaini baru-baru ini tampil dengan suatu kelainan apabila muncul dengan rekaan pakaian seragam gadis litar Formula 1 (F1) bagi tahun ke-19.
Rizman dan Ruzaini menghasilkan dua rekaan eksklusif dan ia diinspirasikan daripada potongan baju kurung serta kebaya yang memanfaatkan fabrik jenis renda serta “crepe”untuk tonjolkan keunikan.
Dipetik daripada portal Mynewshub.cc, menurut Rizman dan Ruzaini mereka amat mementingkan keselesaan buat kesemua 64 orang gadis litar yang akan menggayakan seragam itu memandangkan mereka akan memakainya sehari suntuk di litar dari jam enam hingga lima petang.
Sesungguhnya ini adalah suatu penghormatan buat Rizman dan Ruzaini kerana berpeluang menyumbang idea segar mereka untuk mencipta pakaian seragam gadis litar F1 memandangkan ini adalah kali terakhir perlumbaan seumpanya akan diadakan di Malaysia.