Tahukah anda bahawa minuman kopi ice blended itu asalnya dicipta oleh jenama rangkaian kafe terkemuka The Coffee Bean & Tea Leaf sejak keberadaannya di Malaysia 20 tahun dahulu?
Kini The Coffee Bean & Tea Leaf sudah memiliki 84 buah cawangan di seluruh Malaysia dan bagi menyambut kegemilangannya selama dua dekad ini, mereka ada menawarkan beberapa siri perisa campuran teh dan kopi eksklusif khas buat para peminat minuman beraroma itu.
Ramuan berkualiti yang digunakan untuk menghasilkan kopi dan teh terbaik adalah kunci mengapa ramai pelanggan serta para peminat kopi ice blended kembali ke The Coffee Bean & Tea Leaf.
Rasa dan aromanya yang istimewa membuatkan pelanggan berasa asyik bahkan setiap satu resepi minuman yang ditawarkan kepada umum sering diperbaiki dan dibaik pulih agar nikmat yang diberikan kepada peminum tegar minuman istimewa itu adalah berlipat kali ganda.
Difahamkan biji kopi Arabica yang dituai itu adalah antara yang bermutu di dunia manakala daun teh pula dipetik dan dibrew dari ladang teh terkemuka seperti Sri Lanka, Kenya, Jepun, Thailand dan India.
Jangan ketinggalan untuk merasa dan membuat sendiri teh dan kopi The Coffee Bean & Tea Leaf dari siri resepi ulang tahun ke-20 iaitu pek Anniversary Tea dan Anniversary Blend Coffee pada harga RM39 manakala minuman cawan pula boleh dibeli pada harga RM8.80 dan RM8 setiap satu.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.coffeebean.com.my] atau lawat laman facebook rasmi The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia di [www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage]