Follow Me baru sahaja memperkenalkan Syampu Teh Hijau yang diperbaharui dengan wajah baharu. Dirumus khas dengan teh hijau dan ekstrak tumbuhan semula jadi, formulasi ini membantu menguatkan rambut dari akarnya dan meninggalkan rambut terasa lebih sihat dan mudah diurus!
Syampu Teh Hijau ini diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memberikan perlindungan kepada folikel rambut dan pada masa yang sama memastikan rambut anda sentiasa licin dan lembut.
Polyphenol (sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam ekstrak Teh Hijau) membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat; manakala gabungan pelbagai ekstrak tumbuhan semula jadi bersama antioksida yang terdapat di dalam ekstrak Teh Hijau melindungi rambut kepada radikal bebas untuk mengukuhkan lagi akar rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah penipisan rambut.
Didapati dalam 5 varian, Syampu Follow Me Teh Hijau termasuk 6-dalam-1, Anti-Kelumumur, Anti-Rambut Gugur, Lembut & Lcin dan juga Penjagaan Kulit Kepala. Di samping itu, terdapat juga dua varian perapi, iaitu Anti-Rambut Gugur dan Lembut dan Licin, kesemuanya membantu menjaga serta menyihatkan rambut dan kulit kepala.
Follow Me Syampu Teh Hijau boleh didapati di kesemua pasar raya bermula September 2017.