OMG!
Siapa yang tidak kenal akan Macaulay Culkin, terkenal menerusi watak Kevin McCallister dalam siri filem Home Alone.
Baca: Nampak Lebih Sihat! Ini Wajah Terkini Bintang Filem Home Alone ‘Macaulay Culkin’
Terkini, aktor 37 tahun ini dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon Disney, Brenda Song. Pada yang tidak mengenalinya, Brenda Song memainkan watak London Tripton dalam “The Suite Life of Zack & Cody” dari tahun 2005 hingga 2008.
Pasangan itu dikaitkan selepas foto mereka berpesta bersama di Los Angeles pada bulan Julai menjadi perbualan hangat di laman Twitter.
EXCLUSIVE: Macaulay Culkin and Brenda Song are dating, show PDA during theme park date: pics! https://t.co/gx9vsOfxqh pic.twitter.com/INhkyw4Jai
— Entertainment Tonight (@etnow) October 1, 2017
Seorang sumber terdekat memberitahu Entertainment Tonight bahawa kedua-dua bekas bintang Disney yang bakal muncul dalam filem ‘Changeland”, sangat rapat dan romantis, mereka berdua dilihat memegang tangan masing-masing sepanjang malam itu.
“Pengunjung yang hadir ke pesta itu turut menyatakan bahawa mereka sangat comel dan langsung tidak berenggang. Mereka kelihatan gembira bersama-sama,” jelas sumber kepada ET.
Sehingga kini penulis masih menonton filem Home Alone, lebih-lebih lagi kalau musim perayaan Krismas, pasti filem itu yang menjadi pilihan. All time favourite!